Wednesday, 26 April 2017

Apa Yang Ada di Dalam Taman Indera Petra

Asalam'mualaikum & Salam Sejahtera

Apa Yang Ada Kat Dalam Taman Indera Petra ??
Ramai yang tidak ketahui juga mengenali di manakah Taman Indera Petra ini. Sebenarnya Taman Indera Petra ini terletak bersebelahan sahaja dengan Komplex Kota Darulnaim,(pejabat Menteri dan Kerajaan Negeri Kelantan) di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.
 Gamnbar diatas ini adalah Pintu Masuk ke Komplex Kota DarulNaim.
Dan ini adalah Pintu Masuk Taman Indera Petra @ Taman Air Splash
Taman Air Splash ini terletak di dalam Taman Indera Petra, dan didalam Taman ini terdapat juga gerai-gerai makan dan Restoran Nasi Ulam yang baru dibuka.
Selain itu dalam taman ini terdapat kemudahan asas, seperti surau, tandas awam dan pentas terbuka, di tengah-tengah kolam ikan.


Ini adalah gerai pertama di hadapan sekali selepas masuk kedalam pintu gerbang masuk, Kedai Kak Ju, ini menjual masakan panas dan juga makanan goreng seperti nauget ayam, kerepok lekor, dan lain-lain. 

Gerai Dotcorin ini menjual ice bladed, jagung stim, Waffer, dan seumpamanya. harganya juga bepatutan dan gerainya berhadapan dengan counter supa dupa. 

Dan ini pintu masuk ke Taman Air Splash, yang rata-ratanya org dah ramai ketahui dan dah biasa berkunjung ke sini. Juga ada juga yang ramai tidak ketahui akan ujudnya taman Air di Kota Bharu, Kelantan. Yalh ini kerana tidak besar mana taman air ini...namun ia cukup untuk menceriakan kanak-kanak yang datang berjunjung dan bermain bersama-sama keluarga.

Ini senarai harga dan tiket untuk masuk ke Taman Air Splash, Kami di pengurusan tidak pernah menaikan harga tiket, semenjak pembukaan taman Air ini pada 2004. Kerana kami percaya taman air ini untuk mampu dikunjung oleh semua lapisan masyarakat yang ada di negeri Kelantan ini.

Seberang gerai Dotcorin dan Kedai Kak Ju, adalah Warong Pok Man dan Mama Chop Papa Grill. Warong Pok Man ini adalah warong yang paling lama, ia lebih lama dari Satey Indera lagi, dahulunya ia warong kecil sahaja. Setelah pembaik pulih dan pengubahsuaian taman indera ini, maka pihak pengurusan memberi sebuah tapak untuk pok Man. Manakala gerai MamaChopPapaGrill ini telah bertapak selama 15 tahun, dan ia adalah satu-satunya gerai yang menjual masakan barat.

Ini gerai baru Al-Luq Conner, ia menjual masakan ringan nasi ayam cincang dan nasi lemak. Pagi jam 9.00 hingga petang jam 7.00. Juga terdapat lain-lain makanan ringan yang di jual dan sediakan.






Restoran Abe Nasi Ulam, adalah satu-satunya restoran yang ada di dalam Taman Indera Petra@Taman Air Splash ini. waktu operasi nya adalah 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Gulai Ikan Patin dan Sayur lemak adalah yang pasti menambat hati sesiapa yang mencubanya. Selain itu sudah pasti ulam-ulaman dan budu, Jika makan di restoran nasi ulam, tidak makan ulam-ulaman bersama budu tidak cukup suyaratnya. Mereka juga bersedia menerima tempahan, dan boleh hubungi ; 019-9188383 (Pn.Amun) dan 010-9380396 (Pn.Itar). Kepada sesiapa yang datang tentu tertambat sambil menikmati juadah didalam taman, pasti tidak menyesal.

Ini lah yang ada didalam Taman Indera Petra @Taman Air Splash, selain daripada Taman Air untuk bermain dang beriadah bersama-sama family yang tersayang.

No comments:

Post a Comment